Yong Tau Fu adalah makanan yang semakin hari semakin digemari oleh ramai orang. Makanan ini pada mulanya adalah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang boleh didapati di Singapura dan Malaysia.
Pada awal 1960-an, makanan ini pernah popular di sekitar kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Menu ini dikatakan bermula dari restoran Chew Kuan iaitu menyajikan tauhu yang diletakkan bersama pes daging dan ayam yang diberi nama Yong Tau Foo.
Baru-baru ini tular sebuah video di platform TikTok memaparkan penyediaan yong tau fu di salah sebuah kedai terletak di Petaling Jaya telah menerima pelbagai reaksi warganet dan menuai kontroversi di media sosial.
@ezlokal.food No one boleh lawan Yong Tao Foo ni! So legend and sedap giler #klfoodie #MakanLokal #MYFoodie #panmee #chinesefood #subangria #foodhuntingkl #malaysiafood #kongsiselera ♬ DO YOU MIND X LIKE I DO – Jeremiah Custodio
Berlokasi di  2, Jalan SS 5a/9, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor, gerai ini dibuka setiap hari bermula jam lapan pagi hingga empat petang.
Yong Tau Fu goreng aneka pilihan membuatkan ramai yang rambang mata dan terliur kelaparan. Dihidangkan bersama dua sos resepi rahsia turun temurun membuatkan ia bertambah enak dan cukup menagihkan.
Halal toyyiban itu penting supaya hati kita tidak hitam.



Menjengah ke ruangan komen, wargamaya menyuarakan kegusaran mereka dan ada juga yang bertanyakan berkenaan status halal gerai terbabit.
