Usahawan nasi goreng ikan bekok akur apabila terpaksa melelong 6,000 kilogram bahan mentah tersebut setelah kilang dan kedai ikannya di Kampung Kelubi, Pasir Puteh dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.
@_diylajazz Setiap ujian dan dugaan ada kemanisan yang ALLAH nak bagi,in Shaa Allah,esok kilang ikan bekok Ocean fresh diyla nok buko lepas zohor untuk lelong stock ikan bekok gelama,jadi adik kakok hok mano dekat nok beli dengan hargo muroh buleh pakat g beli dehhh..hok jauh kalau nok beli hok promo buleh terus ke acc @oceanfreshhq pilih bag kuning promo gelama dehh .. #diylajazz #abcxyz #fypage #fyp #esekeli #fypã‚· ♬ original sound – thezaidizek – MZM
Nor Fadilah Mohd Nor atau mesra disapa Dyla memberitahu stok ikan gelama bekok yang baharu dibungkus sepatutnya dibawa ke Dungun sempena satu festival yang akan berlangsung di sana.
Namun demikian, ia tidak kesampaian akibat musibah yang menimpanya dan memberitahu beliau mengalami kerugian sebanyak RM110,000 termasuk persiapan ke festival berkenaan.
“Saya terkejut menerima panggilan telefon daripada abang memaklumkan situasi itu kerana kawasan kedai kami agak tinggi malah tidak dinaiki air ketika banjir dua tahun lalu,” ucap Dyla.
Dalam pada itu, Dyla juga terpaksa menjual ikan gelama bekok dengan harga murah iaitu RM100 untuk lima pek berbanding RM25 untuk setengah kilogram pada hari biasa.
“Dalam setiap pek mengandungi tiga ekor ikan bekok yang diproses daripada ikan gelama gred A.
“Saya juga terpaksa menarik diri daripada menyertai jualan di festival makanan itu kerana bimbang keselamatan susulan banjir yang semakin buruk,” kata Dyla lagi.
Dalam pada itu, Dyla juga memberitahu dia sudah reda dengan ujian Allah kali ini dan membuat keputusan untuk melakukan promosi ikan bekoknya di media sosial sebelum banjir bertambah buruk.
Dyla turut memberitahu proses mengepos ikan bekok yang telah ditempah akan dibuat pada hari Ahad dan syarikat kurier juga sudah dihubungi bagi memastikan ikan yang dipesan selamat sampai.
Sumber: Sinar Harian