fbp
WeirdKaya BM

“Kalau Makanan Sunnah Gelupur Cakap Tak Elok.” – Netizen Sangkal Kurma Butter Bawa Banyak Mudarat.

'Pastikan pure butter, bukan marjerin' - Dr Zulkifli

Kurma atau tamar merupakan sajian wajib tatkala menjelang bulan Ramadan. Baru-baru ini, telah tular resepi yang menjadi satu topik hangat dikalangan masyarakat iaitu kurma butter.

- Advertisements -

Makanan ini dikatakan dapat memberikan rasa kenyang dan membekalkan tenaga sepanjang seharian berpuasa. Bukan itu sahaja, menu ini juga turut mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al – Bakri yang turut sama berkongsi kelebihan makanan terbabit.

- Advertisements -

Menerusi hantaran yang dimuatnaik dalam akaun Instagram miliknya, Dr Zulkifli menerangkan kebaikan kurma butter dan menyarankan umat islam mencubanya kerana ia adalah resepi yang turut digemari oleh Rasulullah SAW.

Namun demikian, lain pula menurut pakar dietetik, Nur Aiman Taslim yang menjelaskan, kurma yang dicampur bersama mentega tidak digalakkan untuk diambil secara berlebihan terutama sekali sewaktu bersahur.

- Advertisements -

Nur Aiman menerangkan, kuantiti pengambilan seharusnya tidak berlebihan iaitu makan tiga hingga empat biji kurma dengan satu sudu teh kecil (mentega) sahaja sudah memadai.

“Ia akan bekalkan sebanyak 224 kalori dengan pecahan anggaran 70 hingga 80 kalori untuk empat biji kurma dan 110 hingga 145 kalori untuk empat sudu teh mentega.

“Namun begitu, pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan aras kolesterol jahat meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular,” jelasnya.

Menurut Nur Aiman, tiada masalah jika ingin menikmati makanan yang ringkas dan sarat dengan kalori sewaktu bersahur seperti menjamah kurma dengan mentega namun harus diingatkan ia tidak perlu diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

“Namun, ketika berbuka puasa, memadai memakan buah kurma sahaja tanpa perlu ada mentega memandangkan lauk-lauk dan juadah lain sudah mengandungi sumber kalori yang cukup,” katanya lagi.

Kalau bab makanan sunnah terus gelupur cakap tak elok.

"kalau makanan sunnah gelupur cakap tak elok. " - netizen sangkal kurma butter bawa banyak mudarat. | weirdkaya
"kalau makanan sunnah gelupur cakap tak elok. " - netizen sangkal kurma butter bawa banyak mudarat. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, netizen sedikit tidak berpuas hati dengan penerangan yang dibuat oleh pakar dietetik tersebut dan ada juga yang memberikan beberapa pandangan yang berbeza.

- Advertisements -

Sumber: Kosmo


We are hiring writers!
We are hiring writers!