fbp
WeirdKaya BM

Zulin Aziz Lebih Gembira Disangka Hamil Berbanding Ditegur Soal Berat Badan.

Soalan sensitif tu :(

Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz mengakui terasa hati tatkala terdapat segelintir masyarakat mula mempersoalkan perubahan bentuk fizikal dirinya.

- Advertisements -

Zulin atau nama sebenanya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia lebih suka disangka hamil berbanding ditegur oleh orang sekeliling berkenaan berat badan.

- Advertisements -

“Sebenarnya saya tak suka kalau orang gelar saya gemuk tapi lebih rela kalau cakap sedang hamil, macam seronok pula bila berat badan bertambah ni orang tanya eh mengandung ke?

“Tak ada nampak macam malu sangat sebenarnya, tapi bila ada yang tanya tentang berat badan, memang saya rasa sedikit berkecil hati.

- Advertisements -

“Bila orang ingat hamil, saya tidak tahu balas bagaimana? Hanya mampu gelak sahaja,” Jelas Zulin.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu tidak tersinggung jika ada wanita memegang perutnya dan lebih bersemangat untuk mendapatkkan zuriat kerana ramai mendoakan agar dirinya dikurniakan cahaya mata.

“Saya anggap mereka teruja dan saya pun semangat nak buat anak. Lagipun bila mereka tanya dan tegur, saya anggap itu satu doa juga.

“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut terus pregnant, saya nak.

“Sebenarnya ikut logik, perkara tu orang jadikan sebagai topik perbualan sahaja. Lagipun itu yang mereka mula-mula nampak jadi kita anggap ia hanya sebagi topik perbualan,” ucap Zulin.

Sumber: Gempak.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!