Wartawan dari China fasih berbahasa Melayu meraih perhatian warganet semasa membuat liputan berkenaan lawatan Presidennya, Xi Jinping ke Malaysia.
Sekumpulan wartawan itu dilihat menjamah nasi kandar sebagai makan tengah hari dan lebih menarik lagi kesemua daripada mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila ditanyakan mengenai menu yang diambil.
Wartawan China fasih berbahasa Melayu
@husnaliangliang Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia!😋 Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha! #cinacakapMelayu #hidanganMalaysia #nasikandar #HusnaLiang #fyp ♬ 原创音乐 – Husna
Menerusi perkongsian di TikTok @husnaliangliang, memperlihatkan wartawan dari China Media Group (CMG) bersama rakannya menikmati hidangan tersebut di Putrajaya sambil menerangkan menu yang dipilih
“Semuanya bercakap bahasa dan pesan makanan Malaysia!
“Kumpulan wartawan China yang berbual dalam bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan Perdana Menteri. Kena hati-hati ketika makan, jangan sampai baju kotor,” tulis Husna baru-baru ini.
Dalam pada itu, Husna juga memberikan nama Melayu kepada rakan-rakannya sebagai nama samaran membuatkan wargamaya bertambah teruja.
Semua pengamal media itu dikenali sebagai Fadil, Rahman, Latifah dan Satria, manakala seorang lagi ‘bos’ iaitu merujuk kepada ketua bagi kumpulan pengamal media tersebut.
Netizen kagum fasih berbahasa Melayu
Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa kagum melihat pengamal media tersebut fasih bertutur menggunakan bahasa kebangsaan biarpun bukan berasal dari Malaysia.
Bahkan netizen turut membandingkan pengamal media itu dengan segelintir individu berbangsa Cina di negara ini yang masih tidak mahu memartabatkan bahasa Melayu malah dipercayai kekok apabila menggunakannya.
Lebih fasih dari cina Malaysia

Hebat sungguh

Lebih bagus daripada local

Artikel lain: China Journalists Wow Netizens With Fluent Malay While Having Nasi Kandar In KL
Artikel lain: Masterchef Indonesia Label Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Ini Respons Chef Anis Nabila.
Untuk rekod, Xi mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 15 hingga 17 April atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan beliau disambut dengan istiadat sambutan negara serta diikuti dengan kunjungan menghadap di Istana Negara.
Sumber: TikTok husnaliangliang
