fbp
WeirdKaya BM

“Very Recommended, Memang Sedap” – Selera Kampung Kite Suntik Konsep Desa Dalam Restoran

Masakan kampung menggamit nostalgia memberi seribu satu kenangan

Makanan berkonsep kampung sering mencuri perhatian terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Masakan kampung menjadi pilihan kerana memberikan satu kelainan dan mengimbau kenangan masa lalu. Masakan kampung acap kali laris terjual kerana sebati dengan citarasa masyarakat tempatan.

- Advertisements -

Oleh itu, Selera Kampung Kita yang terletak di Setia Alam menjadi daya tarikan baru setelah mengangkat konsep desa dalam restoran mereka. Sering mendapat pujian dari para pelanggan, restoran ini menawarkan pelbagai menu asas kampung yang tidak disangkal lagi kesedapannya.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, mengekalkan imej klasik sebagai ruang dekorasi dalaman, restoran ini mampu membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung mengimbau kenangan di kampung. Jadi tidak hairanlah jika melangkah masuk ke restoran ini memberikan satu suasana yang sangat berbeza.

@ezlokal.food Min edit video ni pun dah craving ! Sumpah sedap !! Nak makan lagi la nanti kat sini 😭❤️ #setiaalam #selerakampungkite #laukkampung #dagingsalai #selangor #klfoodie #ezlokal #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #viral ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Menariknya, restoran ini menyediakan lebih 7 jenis sambal yang boleh dipilih untuk dinikmati bersama hidangan lain. Antaranya, sambal mangga, sambal tempoyak, sambal belacan ikan goreng, sambal avocado dan sambal kuininin.

- Advertisements -

Daging Salai Masak Lomak Cili Api, menu wajib yang harus dicuba. Tekstur rasa masin, manis, pedas dan berlemak memang membuatkan hidangan yang popular di Negeri Sembilan ini sangatlah sedap. Selain itu, Udang Cili Api Nenas adalah menu lain yang pastinya mampu memikat selera. Udang dengan saiz yang besar dan segar membuatkan sesiapa sahaja tentu berpuas hati.

Pernah makan kat sini mmg sedap dan happening aje tempatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan reaksi positif dan memuji kesedapan dan kualiti masakan di restoran Selera Kampung Kita.


We are hiring writers!
We are hiring writers!