Terkenal dengan budaya pelbagai jenis dan memiliki tanah yang luas, Sarawak tidak ketinggalan dalam penghasilan makanan yang unik dan lazat. Sarawak acap kali tampil dengan hidangan yang berbeza dan sukar diperolehi di Semenanjung Malaysia.
Kepelbagaian makanan Sarawak semakin hari semakin dikenali, dan mula mendapat tempat di hati masyarakat Semenanjung. Oleh itu, Seni Patisserie adalah salah satu restoran yang membawa citarasa orang Sarawak di Shah Alam.
Terdapat pelbagai makanan Sarawak yang terkenal boleh didapati di restoran ini. Menariknya, hidangan yang disajikan di sini adalah resepi asli yang dibawakan khas dari Kuching, Sarawak. Jadi sudah tidak dapat disangkal lagi keenakan ataupun kelazatan makanan yang terjual di Seni Patisserie ini.
@ezlokal.food Nang nyaman makanan sitok! Yang tak pernah makan, makanan Sarawak wajib cuba di Seni Patisserie. Belalak! #klfoodie #makanlokal #makanansarawak #ambuyat #laksasarawak #bukitjelutong #foodexploration #makananviral #viral ♬ Puteri Sentubong (Sarawak) – Norma Alang
Antara menu, wajib cuba adalah set linut & ambuyat kerana rasanya sangat asli dari Sarawak. Tekstur ambuyat yang likat dimakan bersama sambal belacan dengan sedikit rasa pedas dan manis, memang betul-betul puas hati.
Selain itu, ada juga Mee Kolok & Laksa Sarawak. Kuah laksa yang pekat dan aroma rempah yang seimbang menaikkan lagi selera sesiapa sahaja yang mencuba hidangan ini. Bukan itu sahaja, mee kolok juga dimasak sempurna dengan kicap khas dari Sarawak dan tidak lupa juga tekstur daging yang lembut dan sangat flavourful.
Rindunya msak pansuh time camping dlu. Time2 lapar paling ngam psl sdappp btul klau mkn time kelaparan dlm hutan..hahahah
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa rindu mereka terhadap kampung halaman dan ada juga yang menceritakan pengalaman menikmati hidangan Sarawak.