fbp
WeirdKaya BM

Tular Di Media Sosial! Donut Peach Undang Tanda Tanya?

Asbab kuasa tular, tekstur rasa jadi perdebatan berbeza perspektif

Makanan dan minuman adalah topik hangat yang sering menjadi tajuk bual bicara pada masa kini. Terbaharu, media sosial dikejutkan dengan satu buah viral yang laku keras sehingga laris terjual di pasaran.

- Advertisements -

Donut Peach atau dikenali sebagai Saturn Peach adalah buah viral yang menjadi buruan ramai khususnya generasi muda kini. Rentetan daripada bentuknya yang menyerupai seperti donut, buah ini lebih dikenali sebagai donut peach dikalangan masyarakat Malaysia.

- Advertisements -
@ezlokal.food Siapa dah rasa buah viral ni ? Comment sikit ! #donutpeaches #peach #shahalam #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #viral #fyp ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Biarpun ia berbentuk seperti donut, namun rasanya tidaklah seperti makanan tersebut. Teksturnya yang lembut, manis, dan sedikit harum membuatkan buah ini sedikit unik jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain.

Bukan itu sahaja, Saturn Peach ini juga begitu juicy dan ada yang berpendapat seperti buah tembikai. Selain itu, di permukaan kulitnya pula seperti baldu dengan sedikit bulu-bulu nipis yang begitu halus.

- Advertisements -

Namun, dari segi harga untuk Saturn Peach ini ia boleh dikatakan agak mahal kerana mencapai puluhan ringgit. Jadi terpulang kepada pelanggan untuk membeli dengan bijak bagi memenuhi kepuasan masing-masing.

Wahhh mana nak jumpa yang berair macam ini

Tular di media sosial! Donut peach undang tanda tanya? | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya melontarkan pelbagai pandangan terhadap buah terbabit dan ada juga yang menceritakan pengalaman menikmati Saturn Peach itu.


We are hiring writers!
We are hiring writers!