fbp
WeirdKaya BM

Top 3 Mi Kari Sedap Di Selangor.

Tunggu apa lagi tu?

Hai semua, apa khabar? Hari ini EZlokal ingin kongsikan satu menu yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Malaysia iaitu Mi Kari. Berdasarkan kajian EZlokal, Mi Kari datangnya dari AsiaTenggara dan sering dijumpai di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Oleh itu, EZlokal akan kongsikan 3 lokasi Mi Kari terbaik di sekitar Selangor untuk anda
semua.

- Advertisements -

Pertama Mi Kari Power, berlokasi di Kajang, Selangor. Mi Kari di sini sedikit pedas dan sesuai dengan citarasa masyarakat Melayu. Selain itu, antara best seller disini adalah mi kari special kerana dipenuhi dengan isi ayam, fish ball, dan sayuran yang banyak. Oleh sebab itu, rata-rata pengunjung sentiasa berpuas hati apabila menikmati hidangan di kedai ini.

- Advertisements -

Kedua Mi Kari Kak Kiah! Bertempat di Kuala Kubu Bharu, mi kari disini sentiasa laris terjual. Dikatakan rasa mi kari yang berlemak dan pedas menjadi penyebab utama ia sentiasa dicari oleh pelanggan tetapnya. Selain itu, mi kari disini kaya dengan bahan sampingan lain sebagai penambah rasa dan yang paling penting harga bagi semangkuk mi kari di sini sangatlah berbaloi.


Ketiga, Warung Mi Kari Pak Man Koboi! Berlokasi di Kuala Selangor, warung yang terlihat minimalis ini ternyata menjual mi kari yang cukup enak. Mi kari di sini tidak kedekut dengan pengunaan bahannya seperti isi ayam, kerang dan udang. Tekstur kuah mi kari yang sedikit pekat membuatkan para pelanggan pasti berpuas hati. Jadi tunggu apa lagi dapatkan segera sebelum terlewat.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!