Tomyam adalah hidangan sup yang berkuah berasal dari Laos dan Thailand. Tomyam amat terkenal di negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan telah dipopularkan ke seluruh dunia. Di Malaysia, tomyam selalunya dimakan bersama nasi panas sebagai penambah selera.
Tomyam bukan semata-mata kuah kosong dengan rasa masin dan masam sahaja. Tomyam akan dimasak bersama campuran hirisan ayam, udang, sotong dan kek ikan. Tomyam Aroi Mak Mak! adalah tempat terbaik untuk menikmati masakan tomyam dengan citarasa asli dari Siam.
@ezlokal.food Tomyam Putih di sini sedap giler!!! Paling best semua murah murah. Should try #makananviral #MakanLokal #MYFoodie #foodexploration #shahalam #tomyam #tomyammurah #setialam #fyp ♬ DJ AKU TERTIPU KEDIAMANMU – KAU TIGAKAN CINTAKU FUNKOT – DJ Ata Fvnky
Menariknya di sini, tomyam yang ingin dihidangkan akan diberi pilihan sama ada mahu dicampurkan bersama nasi, kuew teow, maggi, bihun, ataupun mi kuning. Udang yang diguna juga begitu besar dan banyak, memang puas hati.
Tomyam putih! Mungkin ramai yang jarang tahu berkenaan menu satu ini namun anda patut cuba kerana rasanya begitu enak. Tomyam putih mempunyai tekstur rasa yang lebih berlemak dan sangat sesuai dimakan bersama telur dadar yang panas-panas.
Guys, i baru makan semlam..sumpah sedap gilaaaa😭 tomyam dia betul² kaw, and udang besar betul🥹🫶🏼 will repeat next time
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan masakan di kedai Aroy Mak Mak dan ada yang berhasrat untuk berkunjung semulai bagi menikmati hidangan tomyam yang enak.