fbp
WeirdKaya BM

Tidak Kira Warna Kulit, Dua Pelajar Berlainan Kaum Kongsi Sebungkus Nasi Tuai Rasa Kagum Warganet.

Ini baru lah Malaysia!

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dengan latar belakang yang berbeza.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan dua orang pelajar berlainan kaum iaitu Melayu dan India berkongsi sebungkus nasi di kantin sekolah telah menjadi bualan di kalangan wargamaya.

- Advertisements -
@callme._eddy

❤️

♬ original sound – Oh My Media

Dalam pada itu, pelajar terbabit juga berkongsi tempat duduk bersama pelajar lain memperlihatkan lagi kemesraan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain biarpun berbeza bangsa dan agama.

Bukan itu sahaja, lebih manis lagi apabila pelajar berbangsa India itu sopan mengenakan baju kurung sekolah yang memperlihatkan kesefahaman dan perpaduan yang sangat tinggi dalam dirinya.

- Advertisements -

Simpan video ni dik. Nanti besar kau org sama-sama tengok. Ini lah malaysia.

Tidak kira warna kulit, dua pelajar berlainan kaum kongsi sebungkus nasi tuai rasa kagum warganet. | weirdkaya
Tidak kira warna kulit, dua pelajar berlainan kaum kongsi sebungkus nasi tuai rasa kagum warganet. | weirdkaya
Tidak kira warna kulit, dua pelajar berlainan kaum kongsi sebungkus nasi tuai rasa kagum warganet. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya kagum melihat kesatuan serta kesefahaman yang ditunjukkan oleh pelajar terbabit dan ada juga yang bersyukur melihat Malaysia yang berbilang bangsa aman sejahtera.


We are hiring writers!
We are hiring writers!