fbp
WeirdKaya BM

“Tiap Hari Sold Out!” – Popia Cik Yin Jadi Rebutan, Paling Sedap Di Shah Alam.

Barang viral tak sah kalau tak 'battle'.

Popia merupakan kuih yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Popia mudah didapati dimana-mana sahaja kerana ia sangat terkenal dan mudah disediakan. Popia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu kulit, isi, dan sambal.

- Advertisements -

Popia boleh ditemui dalam pelbagai jenis seperti popia goreng, popia sira dan popia basah. Kuih ini sesuai dinikmati tatkala waktu petang kerana ia makanan yang tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap giler popia sini, rangup dan gemuk! Paling sedap popia sira. Paling sedap di Shah Alam #foodhuntingkl #klfoodie #MakanLokal #malaysiafood #MYFoodie #kongsiselera #kongsibersama #bukapuasa #Ramadan ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Popia Cik Yin bertempat di Tapak Niaga Pasar Malam Setia Taipan merupakan gerai viral yang sering dikunjungi ramai pelanggan. Gerai ini mula dibuka bermula jam 12 tengahari hingga jam 7 petang.

Popia Cheezy, pilihan menu baru yang wajib anda cuba jika berkunjung ke sini. Sos Keju yang melimpah dan tidak kedekut memang sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak.

- Advertisements -

Popia Goreng pula sangat rangup dicicah pula dengan sambal resepi rahsia memang layan habis. Selain itu, terdapat juga popia otak otak dengan tekstur rasa yang seimbang tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis.

Popia Sira, menu best seller yang sering menjadi rebutan. Saiznya yang begitu besar dan padat dengan inti pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur. Popia basah juga turut dijual khas buat mereka yang tidak suka makanan berminyak.

Ini sedap gila! Besar dan isi dengan sos tak kedekut langsung.

Menelusuri ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan Popia Cik Yin dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!