fbp
WeirdKaya BM

“Tiada Lagi Support Vendor” – Kieda Crepe Letak Syarat Baru, Ikut Kepuasan Netizen!

Sebab boleh dik.

Usahawan terkenal, Kieda Crepe atau Siti Nur Khalieda Yusra binti Mohd Jais sekali lagi tular di media sosial berkenaan cara dan sistem yang digunakan dalam berniaga.

- Advertisements -

Umum mengetahui, Kieda meletakkan syarat dalam proses pembelian produk keluaran mereka. ‘Support vendor baru support Kieda’ merupakan syarat yang harus diikuti dan acap kali menjadi buah mulut di kalangan warganet.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular satu hantaran yang dikongsikan oleh Kieda di TikTok, menjelaskan tiada lagi ‘support vendor’ bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sering mendesaknya untuk menghapuskan syarat tersebut.

@kiedacrepepenang FINALLY 🤲🏻 KEPADA SEMUA TETAMU KIEDA , HAMPA ADA DUA PILIHAN. SEMOGA SEMUA HAPPY DENGAN KEPUTUSAN NI 🫡🩷 #kiedacrepe #kiedacrepehouse ♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

“Sebab ramai yang minta no support vendor, saya dah bincang bersama team dan saya dah buat dalam dua tiga hari ni, tiada support vendor.

- Advertisements -

“Memang ada yang nak support vendor dan ada juga yang tidak mahu support vendor, tetapi mereka ok membeli crepe by combo.

“Jadi saya teruskan sahaja dua pilihan iaitu sama ada ingin support vendor atau tidak support vendor dengan pembelian by kombo. Jelas Kieda.

Dalam pada itu, usahawan tersebut menzahirkan ucapan terima kasih dan meminta agar semua vendor berusaha bersama-sama memajukan perniagaan masing-masing.

“Terima kasih selalu support Kieda, nak support saya boleh nak support vendor pun boleh.

“Tiada lagi dah orang nak kecam-kecam dan nak cari kesalahan saya sebab saya dah cuba buat yang terbaik untuk anda semua.

“Tapi bila saya buat macam ni, vendor pun akan all out sama macam saya. Tak perlu saya buat semua benda dekat mereka sebab saya pun ada fasa penat sendiri.

- Advertisements -

“Terima kasih yang menyokong saya, ingat Kieda ingat vendor, support vendor pun boleh support Kieda pun boleh. Katanya lagi.

Kan bagus macam ni. Orang tak mampu, duit cukup-cukup pun boleh beli.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji tindakan yang dilakukan oleh Kieda itu dan ada juga yang tidak sabar untuk mendapatkan produk makanan usahawan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!