fbp
WeirdKaya BM

Tiada Diskriminasi Dalam Harga! Salam Noodle Tawar Makanan Serendah RM10

Sebut sahaja murah tentu berbondong-bondong yang datang!

Makanan adalah satu perkara yang tidak dapat ditolak kerana sangat diperlukan oleh badan bagi proses tumbesaran tubuh badan. Malaysia cukup terkenal dengan keunikan pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, dan India. Rentetan daripada itu, terdapat pelbagai aneka makanan yang boleh didapati di negara Malaysia.

- Advertisements -

Masakan Cina Muslim, bukan lagi asing di negara ini. Saban hari ia mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu. Mungkin apabila menyebut “Cina” ramai yang ragu-ragu untuk meyakini bahawa makanan yang disediakan halal atau tidak. Jangan bimbang, masakan cina muslim adalah halal kerana tidak melanggar syariat Islam dengan menggunakan daging babi.

- Advertisements -

Salam Noodle yang berlokasi di Seksyen 13, Shah Alam adalah restoran cina muslim yang wajib anda kunjungi. Beroperasi setiap hari, restoran ini akan dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

@ezlokal.food Dumplings salam noodles ni sedap giler!!!! 2 pinggan tak cukup #klfoodie #makanlokal #makanancinamuslim #dumplings #foodexploration #makananviral #viral #shahalamfoodie ♬ 내꺼하자 (Remix Ver.) – INFINITE

Terdapat pelbagai menu enak yang boleh dicuba antaranya dumpling! Inti ayam yang sedikit manis dan cukup dengan rasa masin memang menjadikan dumpling ini antara yang terbaik di Shah Alam. Selain itu, portion bagi sepinggan dumpling ini cukuplah banyak dan boleh dikongsi secara beramai-ramai.

- Advertisements -

Beef Soup Noodles juga adalah menu yang perlu anda cuba apabila berkunjung ke restoran ini. Rasa sup yang sangat flavourful ditambah dengan hirisan daging yang banyak memang cukup puas hati. Bukan itu sahaja, mi juga dimasak dengan sangat sempurna, tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.

Bukan itu sahaja, jika masyarakat melayu terkenal dengan sate yang enak, Salam Noodle juga tidak ketinggalan dengan Xinjang Mutto Rost Stick. Dagingnya yang lembut dan rasa aroma rempah yang betul-betul meresap membuatkan hidangan ini cukup sempurna.

Bila nak pergi yang ni, sebab ni yang dorang kata queue panjang

Tiada diskriminasi dalam harga! Salam noodle tawar makanan serendah rm10 | weirdkaya
Tiada diskriminasi dalam harga! Salam noodle tawar makanan serendah rm10 | weirdkaya
Tiada diskriminasi dalam harga! Salam noodle tawar makanan serendah rm10 | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya melontarkan pendapat dan pengalaman mereka menikmati hidangan di restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!