fbp
WeirdKaya BM

“Tepi Jalan Juga Sedap” – Netizen Label Kek Pasar Malam Lagi Sedap Dari Jenama Terkenal?

Mahal tak semestinya sedap!

Kek adalah makanan yang mempunyai tekstur rasa yang manis dan sering menjadi hidangan ketika meraikan sesuatu majlis. Kek didatangkan dengan pelbagai jenis mengikut kehendak dan citarasa masaing-masing.

- Advertisements -

Kek juga boleh dihias dengan buah-buahan segar atau aising krim untuk menyerlahkan lagi bentuknya menjadi lebih menarik. Kebiasaannya, kek menggunakan tepung, telur, dan gula sebagai bahan penting dalam proses penyediaan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Berbaloi cuba, sedap yg dua tu! #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #makananviral #kek #streetfood #cakes #shahalamfoodie ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

Kek Pasar Malam adalah gerai yang menjual bermacam jenis dessert yang menarik dan cukup mengiurkan. Berlokasi di Pasar Malam Setia Alam, gerai ini hanya dibuka pada setiap hari Khamis sahaja.

Kek Cheese Blueberry memang wajib cuba! Rasa creamy yang tidak terlalu manis memang sangat sesuai dimakan oleh semua lapisan umur. Tekstur kek yang sangat fluffy membuatkan ia sangat cair di mulut.

- Advertisements -

Buat pencinta coklat, anda boleh membeli Kek Coklat Moist Banjir! Rasa coklat yang sangat premium membuatkan ia tidak muak biarpun menikmatinya berulang kali. Terdapat juga Kek Pistachio yang sangat manis dengan rasa susu yang sedikit kuat. Buat yang suka manis kek ini memang sesuai untuk anda.

Tepi jalan juga yang sedap!

Meninjau ke ruangan komen, warganet terliur melihat manisan yang dijual di gerai terbabit dan ada juga yang membandingkan keenakan kek tersebut dengan jenama terkemuka.


We are hiring writers!
We are hiring writers!