fbp
WeirdKaya BM

“Tepi Jalan Juga Sedap” – Cendol & Rojak Seksyen U5 Jadi Pilihan.

Tunggu apa lagi? Meh lah sini!

Tak tahu nak makan apa pada waktu petang? Jangan bimbang hari ini ezLokal akan bawakan satu tempat menarik menjual pelbagai makanan enak yang sesuai dinikmati tatkala waktu petang.

- Advertisements -

Rojak dan Cendol amat sinonim dengan masyarakat Malaysia, ia makanan dan minuman yang sesuai dimakan pada waktu petang. Cendol adalah minuman yang sangat menyegarkan dan memang sesuai diminum bersama keluarga.

- Advertisements -
@ezlokal.food Minum minum petang sini memang Surrrrr !! Kena try kena try ! 📍Jalan Uranus AG U5/AG, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. #shahalam #seksyenu5 #cendolviral #meerebus #laksacendol #foodie #ezlokal #tiktokmalaysia #wajibcuba #foodexploration #fyp ♬ Ani mayuni sedap – Oyennnn_93

Cendol & Rojak U5 terletak di Jalan Uranus U5/AG, Seksyen U5, 40150 Sham Alam, gerai ini menjual aneka pilihan makanan seperti cendol, rojak, laksa, mi kari, dan mi rebus.

Menu paling wajib cuba di gerai ini ialah Rojak. Portion bagi sepinggan Rojak memang cukup banyak dan boleh dikongsi untuk dua orang makan. Kuah rojak yang sedap dan pedas memang cukup terbaik dan paling penting tidak terlalu cair.

- Advertisements -

Mi Rebus yang dijual disini juga sangat lah sedap dan sangat menyelerakan. Tekstur kuah yang sedikit manis ditambah perahan limau yang sedikit masam memang layan habis. Laksa Utara pula tidak ketinggalan, penuh dengan isi ikan memang pasti bikin ketagih.

Cendol Pulut, minuman yang memang harus anda cuba jika berkunjung disini. Rasa lemak dari kuah santan bersama gula melaka yang cukup wangi memang menyegarkan. Portion pulut yang sangat banyak dan isi cendol yang lembut memang puas hati.

Tepi jalan juga sedap!

Menelusuri ke ruanga komen, warganet terliur melihat keenakan makanan di gerai terbabir dan tidak sabar untu merasainya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!