fbp
WeirdKaya BM

“Tengok Pun Dah Kenyang” – Peniaga Crab Rangoon Buat Netizen Keliru… Tak Tahu Nak Beli Mana Satu!

Rangup di luar, berlemak di dalam.

Crab Rangoon semakin hari semakin dikenali dan sering tular di media soial. Makanan ini dari segi bentuk seakan ladu goreng namun ia tidaklah sama. Inti Crab Rangoon amatlah berbeza dan lebih berlemak.

- Advertisements -

Crab Rangoon diperbuat daripada campuran crabstick yang telah dihancurkan dan dicampur bersama cream cheese digaul sehingga sebati. Crab Rangoon menggunakan kulit yang sama dalam pembuatan ladu dan dimasak dengan cara digoreng.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular satu hantaran di TikTok memperlihatkan seorang peniaga Crab Rangoon, menjadi kegilaan para wanita kerana rupa parasnya yang cukup tampan dan menawan.

@ezlokal.food Menu viral di tiktok pun ada di bazar. Kena cuba crab rangoon ni, memang sedap tak mengecewakan! #foodhuntingkl #klfoodie #MakanLokal #malaysiafood #MYFoodie #kongsiselera #kongsibersama #bukapuasa #Ramadan ♬ romantis maliq dessentials – ꧁•⊹٭𝚍𝚒𝚛𝚊٭⊹•꧂

Crab Rangoon Abang Kacak yang berlokasi di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, dibuka bermula jam 4 petang hingga 8 malam.

- Advertisements -

Menariknya, Crab Rangoon Abang Kacak ini merupakan homemade dan rasanya sedikit berbeza dengan yang terdapat di luar sana.

Tekstur Crab Rangoon yang berlemak dan sangat flavourful memang sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur. Kulitnya yang rangup menambahkan lagi kepuasan dalam setiap gigitan.

Dalam pada itu, gerai ini juga menjual Cheesy Samosa yang sangat enak dan cukup menagihkan. Isi keju yang terdapat dalam samosa begitu banyak dan pastinya tidak mengecewakan.

Location bazar ni dekat mana? Teringin nak beli penjual crab rangoon, eh maksud saya crab Rangoon🤭

Menjengah ke ruangan komen, warganet terpegun melihat ketampanan peniaga Crab Rangoon Abang Kacak dan ada juga yang tidak sabar untuk datang ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!