Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal dengan kepakarannya di dapur dan sering berkongsi resepi di media sosial
Tengku Ampuan Pahang juara masak acar buah

Baru-baru ini, juri sebuah pertandingan masakan di Pahang terkejut setelah mengetahui pemenang Pertandingan Masakan Acar Buah anjuran Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang ialaH Tunku Azizah.
Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, juri pertandingan itu tidak mengetahui bahawa salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya itu merupakan air tangan Tengku Ampuan Pahang kerana baginda menggunakan nama lain iaitu ‘Aminah Mahmood’.
Perkara ini berlaku kerana para peserta diminta untuk menyediakan hidangan acar buah di rumah dan setelah siap barulah dibawa ke pertandingan untuk dinilai.

Menurut Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat selaku juri, terkesima setelah mengetahui siapa sebenarnya sosok disebalik nama ‘Aminah Mahmood’.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat iaitu menyediakan hidangan yang siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan para juri memilih acar buah Aminah Mahmood bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan yang cukup sempurna.
“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata Siti Rokiah dalam kenyataan di Facebook, baru-baru ini.

Artikel lain: Her Majesty Raja Permaisuri cooks food for flood victims in Pahang
Dalam pada itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak.
Sumber: Facebook Kesultanan Pahang
