Mixue bukan lagi satu jenama yang asing di Malaysia. Terkenal dengan harga yang murah, Mixue dilihat berkembang maju dan mula membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia.
@mixue.maluri come and sing “Melon Here, Melon There, Mixue Melon Everywhere” to redeem your free ice cream ! 😆 #mixue #mixuemalaysia ♬ suara asli – eka
Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan gelagat lucu dua orang pak cik menyanyi bersama bagi menebus ais krim Mixue secara percuma.
Terdahulu, jenama aiskrim terkenal itu menjalankan kempen promosi dimana pelanggan boleh mendapatkan aiskrim melon percuma dengan menyanyikan lagu “Melon Here, Melon There, Mixue Melon Everywhere” di kaunternya.

Dalam pada itu, dapat dilihat seorang pak cik berbangsa Cina mengajar seorang pak cik Melayu menyanyikan lagu tersebut sebelum mereka berdua dapat menebus aiskrim secara percuma.
Bagaimanapun, momen itu mengundang rasa sebak kerana difahamkan kedua-dua mereka tidak mengenali satu sama lain namun kerana sifat prihatin ingin membantu membuatkan mereka seperti sahabat yang sangat akrab.
“Some friendships start with a handshake but ours started with free melon ice cream,” tulis Mixue Taman Maluri pada Rabu.
Meninjau ke ruangan komen, warganet gembira melihat gelagat comel itu dan ada juga yang tidak sabar untuk turut sama mengikut kempen tersebut bersama sahabat mereka.
Malah ada juga wargamaya yang sebak melihat momen itu dan menyatakan inilah keunikan yang ada di Malaysia biarpun berlainan bangsa namun tetap sehati dan sejiwa.
Artikel lain: Chinese Uncle Teaches Malay Man How To Sing Mixue Jingle To Win Free Ice Cream
Me and my bestie in the future

Kenangan paling berharga

Kenapa comel sangat

Sumber: TikTok Mixue Taman Maluri, bngachmpka
