fbp
WeirdKaya BM

“Tebal Dan Sedap”- Pelanggan Label Maal Murtabak Paling Sedap Di Shah Alam.

Tebal dan sedap! Pasti puas makan.

Murtabak adalah hidangan yang boleh didapati di mana sahaja kerana ia cukup terkenal di seluruh pelusuk negara. Murtabak dikatakan berasal dari negeri Johor. Murtabak adalah sejenis roti diisi dengan inti berlauk.

- Advertisements -

Murtabak sering menjadi rebutan terutama pada bulan Ramadhan. Murtabak selalunya akan dihidangkan bersama kuah kari dan juga kuah bawang bersirap sebagai pelengkap rasa.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang sedap, tak sia sia bangun pagi Ahad. #murtabak #daging #ayam #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #shahalamfoodie #stadiumshahalam #seksyen13shahalam ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Maal Murtabak di Pasar Tani Shah Alam, adalah murtabak yang sering menjadi bualan masyarakat kerana dikatakan paling enak di Shah Alam. Berlokasi berhadapan pinttu masuk stadium, gerai ini sering beratur panjang kerana teramat laris.

Murtabak Ayam adalah murtabak yang paling dicari-cari. Inti yang banyak dan tidak kedekut membuatkan murtabak ingin begitu tebal dan pasti tidak menyesal jika membelinya. Hirisan ayam satu demi satu dapat dirasai dan ia menambahkan lagi kepuasan para pelanggan.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, jangan lupa juga gerai ini menjual Murtabak Daging! Inti yang enak dengan tekstur rasa yang seimbang menjadikan murtabak ini lain dari yang lain. Daging begitu empuk sehinggakan ia sangat mudah cair di mulut.

Dulu selalu makan kat sana time ada meja makan, memang sedap…perghhh.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan Maal Murtabak dan ada juga yang tidak sabar untuk menikmatinya.


We are hiring writers!
We are hiring writers!