fbp
WeirdKaya BM

Tawar Pengalaman Berbeza, Ngeteh Cafe Angkat Konsep Healing Dalam Makanan.

Ni baru betul healing!

Makanan yang enak amat disukai ramai kerana sudah menjadi satu kepuasan apabila menikmatinya. Lain pula kali ini, menyuntik konsep healing dalam makanan, pelanggan dapat menikmati hidangan sambil ditemani pemandangan indah di tepi pantai.

- Advertisements -

Terdapat pelbagai makanan yang lazat boleh didapati dan kesemuanya ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi. Menikmati keindahan alam semulajadi sambil merasai hidangan yang enak sudah tentu menjadi satu pengalaman yang berbeza buat sesetengah individu.

- Advertisements -
@ezlokal.food Tenang yee minum petang dekat hidden place ni 😍🤗 #hiddencafe #ngetehcafe #melaka #foodie #cafetepipantai #ezlokal #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #viral #fyp ♬ Penjaga Hati cover by Cinta – adriannalove

Ngeteh Cafe, lokasi terbaik buat mereka yang ingin menikmati hidangan enak sambil menenangkan fikiran. Berlokasi di Kuala Sungai Baru, Melaka, restoran ini dibuka setiap hari dan mula beroperasi pada jam 3 petang.

Menu pertama yang boleh anda cuba adalah Laksa Utara. Kuah laksa yang sangat pekat memang penuh dengan isi ikan dan yang paling penting tidak berbau hamis. Selain itu, portion laksa sangatlah banyak dan cukup untuk seorang makan bahkan boleh dikongsi ramai.

- Advertisements -

Jika anda ingin sesuatu yang sedikit pedas, boleh memesan Korean Spicy Chicken yang sangat mengiurkan. Ayam digoreng sempurna, memberikan tekstur yang juicy dan sangat lembut. Rasa manis dari sos korea menyeimbangkan rasa pedas menjadikan hidangan ini boleh dimakan oleh semua lapisan umur.

Terdapat juga pencuci mulut yang dijual di kafe ini seperti Cheese Tart dan Cream Puff. Isi Cheese Tart yang padat memang memang puas dimakan dan cair di mulut. Rasa Cream Puff yang lembut dan tidak muak memang cukup menagihkan.

Makan sambil healing

Tawar pengalaman berbeza, ngeteh cafe angkat konsep healing dalam makanan. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, netizen teruja melihat keindahan pantai sambil menikmati hidangan yang enak dan tidak sabar untuk berkunjung ke cafe terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!