fbp
WeirdKaya BM

Tawar Harga Murah, Kek Malaya Jual Pencuci Mulut Serendah RM25!

Pilihan rakyat marhaen, murah dengan rasa premium!

Kek ialah makanan manis yang sering digemari oleh golongan wanita dan juga kanak-kanak. Dijadikan pencuci mulut kek sesuai dimakan ketika majlis keramaian ataupun sambutan ulang tahun. Kek kebiasaannya dijadikan simbolik sebagai meraikan atau mengingati sesuatu hari yang penuh bermakna.

- Advertisements -

Kek Malaya adalah sebuah kedai yang menjual bermacam jenis kek dengan rasa yang begitu premium. Berlokasi di Jalan Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor. Kek Malaya beroperasi dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang favourite kek! Harga murah & banyak pilihan. Tak cari kedai lain dah. #klfoodie #myfoodie #foodexploration #makananviral #viral #kekviral #cake #fyp ♬ Mr. Chu – Apink

Menariknya, Kek Malaya menawarkan lebih daripada 20 jenis kek dengan harga yang sangat rendah. Bukan itu sahaja, kek di sini dihasilkan dengan Fresh cream dan empat lapisan kek yang pastinya begitu berbaloi untuk dibeli. Jika anda inginkan kek yang lebih premium, jangan bimbang di sini juga ada menjual kek seperti, Rocher, Indulgence, Tiramisu, Black Forest, dan Red Velvet.

Kek Viral Kiwi & Mango adalah kek yang patut anda cuba bila berkunjung di Kek Malaya ini. Tekstur kek yang lembut dan rasa buah yang sedap memang cair di mulut. Selain itu, ada juga burnt cheesecake yang sedikit manis dan berlemak yang pastinya tidak terlalu muak untuk dinikmati.

- Advertisements -

Kek Malaya juga menerima permintaan custom cake seperti kek kartun, kek perkahwinan, dan kek pertunangan. Sempena sambutan hari kemerdekaan, Kek Malaya mengadakan promosi gila-gila iaitu Chocolate Rocher dengan berat 1kg hanya Rm66 sahaja berbanding Rm79.

Kek murah, memang sesuai untuk rakyat marhaen :(

Tawar harga murah, kek malaya jual pencuci mulut serendah rm25! | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya setuju bahawa kek di sini amatlah murah dan begitu sedap untuk dinikmati bersama orang tersayang.


We are hiring writers!
We are hiring writers!