Yong Tau Fu adalah makanan yang semakin hari semakin digemari oleh ramai orang. Makanan ini pada mulanya adalah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang boleh didapati di Singapura dan Malaysia.
Pada awal 1960-an, makanan ini pernah popular di sekitar kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Menu ini dikatakan bermula dari restoran Chew Kuan iaitu menyajikan tauhu yang diletakkan bersama pes daging dan ayam yang diberi nama Yong Tau Foo.
@ezlokal.food Ramadhan sikit lagi nak tiba guys !! Yong Tau Foo ni menu wajib dekat Bazaar Ramadhan kan ? Btw sedap gila makan petang2 macamni 😋 #yongtaufoo #jalankebun #shahalam #minumpetang #menuwajibramadhan #bazaarramadan #foodexploration #tiktokmalaysia #ezlokal #fyp ♬ Ramadhan Tiba – Opick
Kedai Faizah, merupakan sebuah gerai yang menjual Yong Tau Fu dengan rasa yang enak dan begitu murah. Terletak bersebelahan Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun gerai ini dibuka dari jam 4 petang hingga 9 malam.
Mengangkat tagline “Berkat Doa Mak” gerai ini selalu penuh dikunjungi dengan para pelanggannya. Apa yang menarik di sini adalah terdapat dua pilihan kuah yang berbeza iaitu sos pedas dan sos pekat manis.
Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga amatlah murah dan berbaloi dengan portion yang banyak mengikut pilihan masing-masing. Jadi anda tidak perlu bimbang atau khuatir dengan harga yang bakal dikenakan.
Gerai ini juga menjual minuman seperti ABC, Laici Kang, dan Cendol. Tektsur ABC yang pekat dan manis memang menyegarkan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga tidak kedekut dan diisi dengan sangat banyak seperti jagung, cendol, cincau, dan kacang merah.
Tiap kali beli Yong Tau Fu, mesti rasa nervous. Ke aku seorang sahaja yang macam tu.
Menelusuri ke ruangan komen, warganet setuju berpendapat Yong Tau Fu gerai Faizah paling sedap di Jalan Kebun dan ada juga yang tidak sabar untuk ke gerai terbabit.