fbp
WeirdKaya BM

Tak Tahu Nak Makan Apa? Ini 3 Lokasi Asam Pedas Sedap Di Selangor.

Pekat dan pedas, baru layan.


Hai semua, buat apa tu? Hari ini, EZlolakal ingin kongsikan sesuatu tentang asam pedas. Berdasarkan kajian EZlokal, asam pedas diperkenalkan oleh masyarakat Minangkabau di barat pulau Sumatera dan telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga terkenal di Melaka dan Johor. Jadi mari kami kongsikan 3 lokasi asam pedas terbaik di sekitar Selangor.

- Advertisements -


Pertama Asam Pedas Legend RnR Elmina Selatan! Restoran ini menyediakan pelbagai jenis asam pedas membuatkan pengunjung menjadi rambang mata untuk memilih hidangan yang terjual. Antaranya asam pedas daging, asam pedas pari, asam pedas ikan merah, asam pedas jenahak dan macam-macam lagi. Kuah asam pedas di sini tidak terlalu pedas dan mudah diterima oleh semua lapisan umur.

- Advertisements -


Kedua Asam Pedas Premier, restoran ini bukan lagi satu perkara yang asing untuk didengari kerana terdapat banyak cawangan yang telah dibuka di serata negeri di Malaysia. Bermula sejak 2009, asam pedas premier sangat berpengalaman dalam menyediakan asam pedas yang cukup enak. Kuah asam pedas yang pekat dan beraroma menjadi penyebab pengunjung tidak jemu untuk menikmatinya.


Ketiga, Asam Pedas Serambi! Berlokasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, restoran ini tidak sah sekiranya tidak dibanjiri dengan ramai pelanggan. Asam pedas ikan pari adalah menu yang wajib untuk anda cuba apabila berkunjung di restoran ini. Biarpun harga yang ditawarkan sedikit mahal tetapi ia berbaloi dengan kualiti rasa yang diberikan. Jadi tunggu apa lagi datang segera.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!