fbp
WeirdKaya BM

“Tak Pelik Ke Rasa Tu Ek?” – Cakoi Berlauk Jadi Pilihan Makanan Masa Kini?

Bosan rasa sama, cakoi berlauk bawa kelainan.

Cakoi adalah sejenis doh yang digoreng sehingga berwarna perang keemasan dan akan dicicah bersama sos manis yang begitu lazat. Cakoi dikatakan berasal dari masakan orang cina.

- Advertisements -

Cakoi enak dinikmati tatkala waktu minum petang kerana ia adalah makanan yang tidak terlalu berat. Cakoi mudah didapati di mana-mana sahaja kerana proses pembuatannya tidak terlalu rumit.

- Advertisements -
@ezlokal.food Korang pernah rasa ke cakoi inti ayam blackpaper? Kalau belum WAJIB cuba ! 😋 Inti dia semua sedap-sedap. 🥰😍 #cakoi #klfoodie #MYFoodie #MakanLokal #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia #foodexploration #virall ♬ Salam Semua (feat. Aaron Aziz) – SleeQ

Cakoi Berlauk! Berlokasi di Pasar Malam Jelatek Keramat, gerai ini beroperasi pada hari jumaat dan menawarkan cakoi dengan pelbagai inti.

Cakoi Tuna Mayo, menu best seller yang patut anda cuba apabila berkunjung ke gerai ini. Tuna yang dimasak sempurna menyebabkan ia tidak terlalu berbau dan sangat lazat dinikmati bersama cakoi.

- Advertisements -

Cakoi Blackpepper juga tidak ketinggalan enaknya. Terdapat dua pilihan bahan protein yang digunakan iaitu ayam atau daging. Paling penting potongan ayam dan daging tidak terlalu hancur menyebabkan pelanggan yang mencuba cakoi ini tentu berpuas hati.

Buat mereka yang tidak suka akan cakoi berlauk, jangan khuatir. Gerai ini juga menjual cakoi biasa dan cakoi pandan yang tentunya boleh dimakan oleh semua lapisan umur.

Tak pelik ke rasa tu ek?

Menjengah ke ruangan komen, warganet terkesima melihat cakoi yang lain dari kebiasaan dan tidak sabar untuk mencuba makanan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!