fbp
WeirdKaya BM

“Tak Muak Ke?” – Ini 13 Topping Egg Tart Paling Sedap Wajib Cuba!

Betul ke banyak ni?

Tart telur atau tart kastard adalah pastri yang sangat enak dengan rasa rangup dan manis dengan pelbagai jenis topping yang berbeza. Dari segi penyediaan pula, tart akan dibakar sehingga warnanya bertukar menjadi kuning keemasan.

- Advertisements -

Tart kastard cukup terkenal dan disukai oleh kanak-kanak dan juga wanita kerana rasanya yang begitu manis. Tart dikatakan berasal dari Hong Kong sejak awal 1940-an lagi. Menariknya manisan ini, telah divariasikan seiring dengan peredaran zaman mengikut citarasa masyarakat setempat.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sangat sedap! Favourite dh ni! Tak cari tart lain dah. Paling fav original dan choco marsh. #ezlokalfood #makananviral #viral #tart ♬ ♡ ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♡ – SoBerBoi

Memorie Tart, lokasi terbaik untuk merasai manisan yang cukup lazat. Kedai pastri ini terletak di dalam Setia City Mall dan dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Original Portuguese Tart, rasa yang sangat lembut dan berlemak pasti membuat sesiapa sahaja ketagih. Bukan itu sahaja, tekstur tart juga tidak terlalu muak kerana di masak dengan suhu yang tinggi sehingga berwarna perang keemasan.

- Advertisements -

Tart Choco Marsh, pilihan terbaik yang harus anda semua rasai. Di bahagian atas tart ini dihiasi dengan marsmallow, choco ball, dan fresh cream membuatkan ia kelihatan sangat menarik. Tekstur rasa yang tidak terlalu manis memang sesuai dinikmati oleh semua lapisan jenis umur.

Tart Fresh Peachy pula dapat dilihat dari krim yang banyak dan memang tidak kedekut. Rasa masam dan manis yang seimbang memang satu kombinasi yang sangat enak. Bukan itu sahaja, di sini anda boleh memilih 13 topping berbeza mengikut citarasa masing-masing seperti Oreo Mario, Pink Paradise, Strawberry Saranghae, dan banyak lagi.

Tak muak ke?

Meninjau ke ruangan komen, warganet terliur melihat tart kastart di Memorie Tart dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke rumah kuih terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!