fbp
WeirdKaya BM

“Tak Guna Saffron Pun Sedap!” -Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat ‘Menang Besar’ Ramadan 2024.

Kau padu kau mari.

Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat bukan lagi satu nama yang asing dalam industri makanan di Malaysia. Sering tular dengan kandungan-kandungan menarik di TikTok ia acap kali menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.

- Advertisements -

Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat yang diusahakan oleh Azrul Hisham ini sering menjadi kontroversi kerana acap kali dibandingkan dengan produk masakan lain. Dalam pada itu, terdapat satu menu menjadi kegilaan para peminatnya iaitu lamb shank merah.

- Advertisements -
@ezlokal.food Ohh ni lah yang viral tu ?!?!?! Saya dah cuba memang sedap !! Lagi lagi nasi dengan lamb shanks dia ! Cukup rasa & lembut 😋😋 #bazaar #nasibriyanipakistan #shahalam #lambshank #foodexploration #KongsiBersama #KongsiRezeki #tiktokmalaysia #myfoodie #ezlokal #fyp #No1 ♬ original sound – 𝙒𝙖ح𝙚𝙚𝙙_𝙏𝙮𝙥𝙞𝙨𝙩 👑

Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat yang membuka tapak di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam menjadi rebutan para pelanggan sehingga terpaksa beratur panjang.

Nasi Briyani yang dimasak menggunakan beberapa bahan premium seperti minyak sapi yang bernilai RM1400 membuatkan tekstur rasanya sedikit berbeza dan begitu lazat. Bukan itu sahaja, nasi ini juga dijual dengan harga hanya RM5 sebungkus dan ia amatlah berbaloi.

- Advertisements -

Lamb Shank yang lembut dengan tekstur kuah yang pekat dan sedikit manis memang cukup menagihkan. Portion lamb shank yang cukup besar boleh dikongsi untuk dua orang makan. Jika anda ingin mendapatkan menu ini, dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan daripada beratur panjang.

Tak guna saffron pun sedap!

Menelusuri ke ruangan komen warganet mengakui keenakan Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat dan ada juga terliur, tidak sabar untuk berkunjung ke tapak bazar terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!