fbp
WeirdKaya BM

“Tak Cepat Basi Ke?” – Popia Inti Tumis Tuai Perhatian Netizen!

Rangup dan pedas! Kombinasi enak bikin ketagih.

Popia adalah kuih yang menjadi kegemaran ramai masyarakat di Malaysia. Popia mudah didapati dimana-mana sahaja kerana ia sangat terkenal dan mudah disediakan. Popia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu kulit, isi, dan sambal.

- Advertisements -

Amie Popia Basah adalah gerai yang terletak di hadapan Mydin Bukit Jelutong. Gerai ini akan dibuka pada jam 1 petang hingga jam 6 petang. Pelbagai jenis popia yang dijual mengikut citarasa pelanggan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang rare Popia Inti Tumis, selalunya jumpa yang mentah segar sahaja. Sedap & wajib cuba! #klfoodie #popiasira #popiabasah #popiasirarangup #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #shahalamfoodie #bukitjelutong ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Berpengalaman hampir 15 tahun dalam penyediaan popia, tidak dinafikan popia ini adalah yang paling sedap di sekitar Bukit Jelutong. Popia basah adalah menu best seller kerana boleh dinikmati oleh semua lapisan umur.

Popia sira pula amatlah rangup namun sedikit keras pada bahagian luaran kulit popia. Sambal sira dengan rasa sedikit pedas dan manis adalah kombinasi yang sangat sedap membuatkan popia lebih menyelerakan.

- Advertisements -

Buat yang tidak gemar akan sira, jangan khuatir! Gerai ini juga menjual popia goreng dan didatangkan bersama sambal yang sangat sedap. Sesuai dimakan ketika masih panas, tidak mustahil gerai ini sering dikunjungi oleh orang ramai.

Inti tumis tak cepat basi ke?

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji keenakan popia inti tumis dan ada juga yang ingin merasai sendiri keunikan rasa popia terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!