fbp
WeirdKaya BM

“Support Vendor Baru Support Kami!” – Suami Kieda Crepe Beri Nasihat, Berniaga Biar Profesional & Matang.

Rezeki orang dulu baru rezeki kami, di manakah kesalahan kami?

Suami kepada usahawan terkenal Kieda Creape iaitu Mohd Hilmy Mohd Zaki yang mesra disapa Amy sekali lagi tular di media sosial kerana memberikan nasihat dalam berniaga.

- Advertisements -

Umum mengetahui, pengusaha manisan ini meletakkan syarat dalam proses pembelian produk keluaran mereka. ‘Support vendor baru support Kieda’ merupakan syarat yang harus diikuti dan acap kali menjadi buah mulut di kalangan warganet.

- Advertisements -
@kiedacrepehouse Jangan malu jangan segan . Marketing jangan usik orang🫶🏻 Semoga Allah memberkati rezeki kita. Ingat kieda , ingat support Vendor📌 #kiedacrepehouse #ingatkiedaingatsupportvendor #kiedacrepe ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Amy di akaun TikTok Kieda Crepe House, Dia meninggalkan beberapa pesanan kepada masyarakat supaya tidak mudah menghakimi dan haruslah berniaga dengan cara yang betul.

“Berniaga itu bagus, saya cukup bangga melihat sahabat dan anak-anak muda sekarang tengah all out mencari duit dengan faktor ekonomi yang tengah struggle sekarang ini.

- Advertisements -

“Berniagalah secara profesional dan matang, tidak perlulah menjatuhkan perniagaan orang lain. Support vendor baru support Kieda, dimanakah kesalahannya?

“Rezeki orang dulu baru rezeki kami, apa kesalahan kami. Diperli, dihina, diajak orang untuk membenci kami, apa kesalahan dan dosa kami. Jelas Amy.

Dalam pada itu, Amy juga menjelaskan dalam perniagaan, dia hanya memegang kepada satu target iaitu ingin memberi manfaat kepada orang lain dan cuba sehabis baik untuk melaksanakannya.

“Dalam kehidupan dan perniagaan kami, hanya ada satu target. Hiduplah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

“Apa itu manfaat? Manfaat itu rezeki orang nombor satu rezeki kami nombor dua. Kami manusia biasa yang cuba buat sehabis baik demi kebaikan semua orang. Katanya lagi.

Ok, tone suara dia aku boleh terima, tak macam nak cari gaduh.

"support vendor baru support kami! " - suami kieda crepe beri nasihat, berniaga biar profesional & matang. | weirdkaya
"support vendor baru support kami! " - suami kieda crepe beri nasihat, berniaga biar profesional & matang. | weirdkaya
"support vendor baru support kami! " - suami kieda crepe beri nasihat, berniaga biar profesional & matang. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, warganet terkesima mendengar pesanan yang dibuat oleh Amy dan ada juga yang berseloroh membandingkan gaya penyampaiannya yang sedikit lembut berbanding isterinya.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!