fbp
WeirdKaya BM

Suntik Konsep Muhibbah, SACC Tawar Bufet Ramadan Lebih 100 Menu Dengan Harga Istimewa.

25 malam, selera orang kita.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi Bufet Ramadan yang bertemakan Selera Orang Kita bermula dari 14 Mac sehingga 7 April. Berkonsepkan muhibbah, ia diambil lantaran sinonim dengan masyarakat Malaysia yang hidup dengan percampuran budaya dan pelbagai etnik.

- Advertisements -

“Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat maimuk di
Malaysia, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagal tema menu bufet Ramadan kali ini”, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd.

- Advertisements -

“Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar akan menyediakan beberapa menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong dan Nasi Ambeng SACC”, kata Azlina lagi ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Buffet Ramadan SACC di sini.

SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

- Advertisements -

“Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet Ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159”, tambah Azlina.

Jangan lepaskan peluang promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/ iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA.

Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC, sila hubungi kami dan pegawai jualan kami akan sedia membantu anda. Tempahan dan pembelian awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-55118858 / 013-250 2858.


We are hiring writers!
We are hiring writers!