fbp
WeirdKaya BM

“Sumpah Sedap!” – Puding Karamel by The Butter Poppy Buat Netizen Terliur.

Pasti ketagih!

Puding Karamel adalah manisan yang sangat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan begitu enak. Dari segi penyediaan, puding akan dikukus terlebih dahulu dan disejukkan sebentar sebelum dituangkan karamel di bahagian atasnya.

- Advertisements -

Tekstur puding yang lembut menjadikan ia pilihan ramai dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur. Bukan itu sahaja, manisan ini sering juga menjadi hidangan utama dalam majlis-majlis keramaian ataupun sambutan ulang tahun.

- Advertisements -
@ezlokal.food Puding Karamel Tersedap Di Setia Alam ! Tak dapat nak tolak 😫 🍮 : Puding Karamel by The Butter Poppy 📍: Jalan Setia Gemilang, 40170 Shah Alam, Selangor #caramelpudding #setiaalam #shah alam viral food malam #foodexploration #tiktokmalaysia #KongsiRezeki #fyp ♬ original sound – CikYahOfficial

Puding Karamel by The Butter Poppy terletak di Jalan Setia Gemilang 40170 Shah Alam, Selangor bersebelahan Enrich Hotel, Setia Taipan sering menjadi rebutan peminatnya.

Puding Karamel, menu wajib cuba apabila berkunjung ke gerai ini. Rasa karamel yang tidak terlalu manis dan puding yang sangat berlemak memang begitu enak.

- Advertisements -

Puding Pandan Gula Melaka juga tidak kurang sedapnya. Aroma pandan yang cukup wangi ditambah bersama gula melaka yang manis memang satu kombinasi rasa yang cukup menagihkan.

Pandan gula melaka tu sedap ya amat, cubalah tak menyesal!

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan Puding Karamel by The Butter Poppy dan ada juga meninggalkan beberapa review yang positif.


We are hiring writers!
We are hiring writers!