WeirdKaya BM

Shuib Didenda RM10K, Mengaku Bersalah Promosi Vape Dalam Podcast

Pelawak dan usahawan, Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret pada Rabu ekoran mempromosikan produk tembakau, dua tahun lalu.

Promosi vape dalam podcast

Pemilik nama Shahmira Muhamad, 42, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu setelah mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Ezrene Zakariah.

Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara selama satu tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Menurut pertuduhan, dia didakwa mempromosikan produk merokok yang telah melanggar Seksyen 9(1) iaitu mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Ia dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok.

Kesalahan didakwa dilakukan sewaktu pod cast pautan YouTube pada jam 4.26 petang, 22 Oktober 2024 yang telah dibaca oleh pihak Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, boleh di hukum di bawah Seksyen 9(3)(a)(i) akta yang sama.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Artikel lain: Altimet Reveals He Earns RM16K As YB, Which Includes Allowances Too

Sumber: Gempak (Nurin Jasni)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Shuib Didenda RM10K, Mengaku Bersalah Promosi Vape Dalam Podcast