Etok adalah makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Kelantan dan semakin dikenali di negeri lain seperti Selangor. Etok atau nama saintifiknya, Corbicula Fluminea ialah spesies kepah sungai yang hidup di kawasan air bersempadan dan kawasan sungai rendah.
Etok semakin hari semakin dicari kerana sering dijadikan makanan yang enak untuk dijamu bersama keluarga. Etok boleh dimasak melalui pelbagai cara antaranya salai, singgang, dan goreng berempah. Namun kebiasaannya, etok salai adalah menu yang paling popular dan proses pembuatannya juga mengambil masa yang agak lama.
Etok Salai kini di Shah Alam! Berlokasi di pasar malam seksyen 7, terdapat penjaja yang menjual etok salai dengan hanya Rm5 sebungkus. Lebih menarik lagi, gerai ini menjual etok dengan pelbagai flavour dan tentunya jarang ditemui di mana-mana kedai yang lainnya.
@ezlokal.food Finally etok dah ada di Shah Alam! Good experience! #klfoodie #makanlokal #foodexploration #etok #makanankelantan #shahalamfoodie #makananviral #viral #streetfood ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾
Antara perisa yang menjadi best seller adalah Paprika, Bbq, dan Pedas. Selain itu, etok yang dijual disini sangatlah mementingkan kualiti rasa untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.
Isi etok yang bersih dan segar membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya tentu berpuas hati. Rasanya yang sedikit masin ditambah dengan bahan pelbagai perisa tentunya wajib dirasai oleh semua.
Bnyk nya isi dia bagi ..🥺 dlu beli kat pasar mlm boleh 20 jk dia bagi 😂😂 . Dah lah tak sedap rasa rugi beli 😂😂
Menelusuri ruangan komen, rata-rata warganet tidak sabar ingin merasai etok salai dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menikmati hidangan tersebut.