fbp
WeirdKaya BM

“Sedap Tapi Harga Kayangan” – Pepper Lunch Undang Perhatian Rakyat Marhaen!

Panas-panas memang terangkat habis!

Pepper Lunch adalah makanan yang dicipta oleh negara matahari terbit, Jepun. Berkonsepkan makanan panas di dalam ‘iron plate’ Pepper Lunch menjadikan pelanggannya sebagai chef dalam memastikan semua hidangan dimasak sepenuhnya.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, iron plate akan dipanaskan sehingga suhu mencecah 260°C dan menariknya daging akan kekal empuk dan juicy. Selain itu, tahap kematangan daging ditentukan sendiri oleh para pelanggan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Setiap suapan dia very flavourful, dah craving 😭😋 #pepperlunch #shahalam #centralicity #japanesefood #foodexploration #tiktokmalaysia #ezlokal #fyp ♬ Korea・KPOP・Blackpink style・Beat(1365774) – Burning Man

Pepper Lunch cawangan Malaysia yang terletak di Central i-City dibuka setiap hari dan mula beroperasi pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Beef Pepper Rice adalah kombinasi nasi, daging dan jagung dengan rasa black pepper yang sangat enak. Daging yang empuk dan begitu juicy menambahkan lagi flavour dalam hidangan ini. Harga bagi sajian ini ialah RM20.25.

- Advertisements -

Cheesy Omelette With Curry Sauce! Tekstur kari yang sedikit manis digaul bersama omelette menambahkan lagi rasa lemak dan pedas yang sedap. Harga untuk satu hidangan ini hanya RM29.91.

Chicken Pepper Rice pula sesuai dimakan bersama honey sauce dan garlic sauce untuk menambahkan lagi tekstur rasa yang flavourful. Rasa perapan ayam yang sedikit kuat memang puas hati. RM18.88 untuk satu hidangan menu ini.

Sedap, favourite i yang beef !!

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya terliur melihat keenakan menu di Pepper Lunch dan ada juga yang meninggalkan komen balas positif setelah mencuba makanan terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!