fbp
WeirdKaya BM

“Sedap Sangat Bulat Kuih Dia!” – Cucur Udang Tobal Viral Di Shah Alam

Minum petang bersama cucur pasti terangkat!

Minum petang adalah satu rutin makan yang jarang ditinggalkan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kebiasaannya, minum petang adalah waktu yang sesuai untuk beriadah dan meluangkan waktu bersama keluarga. Secangkir teh dan makanan ringan yang lain seperti cucur sudah cukup untuk sajian minum petang yang enak.

- Advertisements -

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat gerai cucur udang sedap di sekitar Shah Alam. Cucur Udang Tobal! ia adalah gerai yang dibuka hanya di tepi jalan sahaja namun makanan yang dijual begitu enak dan sering dinantikan oleh pelanggannya.

- Advertisements -
@ezlokal.food Memang sedap giler Cucur Udang sini! Unik sebab ada lingo & tempe. Best buat minum petang #klfoodie #myfoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #cucurudang #cucurudangtobal #shahalamfoodie #seksyen18shahalam ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Cucur Udang yang dijual disini sangatlah menarik kerana bentuknya yang bulat dan rangup membuatkan ramai yang ketagih. Gerai ini dibuka bermula jam 12.30 tengahari sehingga habis. Cucur Udang Tobal juga boleh dimakan bersama pelbagai jenis makanan sampingan yang lain.

Hanya Rm7 untuk satu set cucur udang! Harga yang berbaloi dengan portion yang banyak sudah tentu mengenyangkan. Set ini didatangkan bersama bahan utamanya iaitu cucur udang dan bahan sampingan lain seperti Fish cake, Lingo, Tempe, dan Tauhu.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, semua gorengan yang terdapat di gerai Tobal ini dimasak begitu sempurna dan paling penting tidak berminyak. Sambal yang dicicah bersama cucur juga sangatlah sedap dengan rasa pedas dan manis. Akhir sekali portion yang begitu banyak sudah tentu membuatkan anda tidak menyesal untuk mencuba Cucur Udan Tobal ini.

My favourite suka cucur udang macam ni.. tak suka yang garing-garing nipis tu 😍

Menelusuri ruangan komen, warganet memuji keenakan Cucur Udang Tobal dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka menikmati cucur udang terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!