fbp
WeirdKaya BM

“Sedap Sampai Terliur” – Chicken Rice Guys Tuai Perhatian Netizen.

Sekali rasa pasti ketagih!

Nasi Ayam adalah makanan yang sangat disukai oleh orang ramai. Nasi Ayam amat mudah ditemui dimana-mana sahaja terutama di Malaysia. Selain negara kita, Singapura juga salah satu negara di mana penduduknya amat gemar akan makanan tersebut.

- Advertisements -

Asal usul Nasi Ayam sering menjadi perdebatan antara dua buah negara ini kerana mengatakan makanan ini berasal dari negara mereka. Kenyataannya, Nasi Ayam dikatakan berasal dari China setelah dibawa masuk oleh pendatang cina ke Asia Tenggara.

- Advertisements -
@ezlokal.food Cuba kira berapa kali min sebut "memang" dalam video ni hahaha ! 🤣🤣 #crg #chickenriceguys #shahalam #seksyen7 #foodie #WantanMee #ezlokal #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #tiktokviral #fyp ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Chicken Rice Guys adalah sebuah restoran yang menjual Nasi Ayam yang sangat enak. Berlokasi di Seksyen 7, Shah Alam, Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 petang.

Nasi Ayam Roasted, menu wajib cuba jika berkunjung ke restoran ini. Tekstur ayam yang sangat juicy dan lembut memang tidak mengecewakan. Biarpun sambal dan kicap sedikit cair, namun rasanya bertambah enak apabila dinikmati bersama nasi yang sungguh beraroma.

- Advertisements -

Jika anda tidak meminati ayam, jangan bimbang. Di sini juga ada menjual Nasi Itik Goreng Berempah Madu. Daging itik yang dimasak sempurna membuatkan ia tidak terlalu berbau. Kombinasi manis madu bersama itik adalah satu kelainan rasa yang sangat unik.

Wantan Mee pula sesuai buat mereka yang tidak mahukan nasi. Tekstur rasa yang sangat flavourful memang menagihkan. Terdapat juga Dumpling Goreng yang diisi dengan inti yang padat dan sangat rangup.

This time aku setuju. Kedai ni makanan semua sedap, harga pun berbaloi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meninggalkan komen yang positif terhadap restoran ini dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!