fbp
WeirdKaya BM

“Sedap, Sampai Jilat Jari” – Baegopayo Buat Orang Selangor Ketagih!

Sebut sahaja Korea pasti ada yang angau tak senang duduk

Korea adalah satu negara yang tidak asing lagi untuk diperkatakan terutamanya dalam industri seni. Oleh itu, impak daripada pengaruh drama dan filem yang semakin tular di negara membuatkan budaya mereka semakin dikenali di Malaysia.

- Advertisements -

Secara tidak langsung, perkara yang paling ketara adalah dari segi makanan. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat banyak peniaga-peniaga yang cuba menjual makanan Korea setelah diubah suai mengikut citarasa masyarakat Malaysia.

- Advertisements -

Baegopayo adalah sebuah restoran yang terletak di Puncak Alam. Dibuka setiap hari dan hanya tutup pada hari Khamis, restoran ini menawarkan pelbagai masakan Korea dan menyediakan ruang makan dengan hiasan dalaman ala-ala korea yang begitu selesa.

@ezlokal.food Memang sedap gila tteokbokki, fried chicken and makanan di Baegopayo. Interior plak very nostalgic for kpopers gen2! #klfoodie #makanlokal #makanankorea #tteokbokki #foodexploration #makananviral #viral #shahalamfoodie ♬ 뱅뱅뱅 (BANG BANG BANG) – BIGBANG

Antara menu yang boleh dipesan apabila berkunjung di sini adalah Beef Bulgogi. Daging yang sangat lembut dan juicy ditambahkan lagi dengan bahan-bahan perapan yang begitu terasa membuatkan ia cukup enak. Tambahan pula, tekstur kuah Bulgogi tidak terlalu pedas dan sesuai untuk dimakan oleh semua.

- Advertisements -

Jika sebut Korea tidak lengkap tanpa Tteokbokki! Portion yang sangat besar dan penuh dengan kek beras, telur, fishcake dan juga cheese tentunya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kuah yang tidak pedas dan sedikit manis pula cukup sesuai jika ingin dijamu kepada kanak-kanak.

Seterusnya, Spicy Yangnyeom Fried Chicken! Rasa sos yang sangat pekat dan manis memang kecur air liur manakala Honey Soy Fried Chicken pula ada sedikit rasa seperti teriyaki dan madu yang begitu kuat.

Serious sedap tak tipu!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji masakan yang terdapat di Baegopayo dan menceritakan pengalaman mereka berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!