fbp
WeirdKaya BM

“Sedap Puas Makan!” – Nasi Lemak Syok Bandar Puteri, Buat Ramai Leleh Air Liur.

Nasi lemak adalah hidangan komplek, dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Nasi Lemak adalah hidangan yang tidak asing lagi terutamanya bagi kaum Melayu. Nasi Lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi, namun boleh dijadikan sebagai makanan tengahari atau makan malam. Nasi Lemak adalah kegemaran ramai tidak kira lapisan masyarakat.

- Advertisements -

Hidangan yang komplek! Ini kerana dalam Nasi Lemak terdapat bermacam jenis bahan yang diperlukan oleh tubuh badan. Contohnya, nasi, timun, ikan bilis, dan kacang ia adalah satu menu yang sangat seimbang yang mampu membekalkan tenaga untuk badan.

- Advertisements -

Nasi Lemak Syok, Bandar Puteri! Berlokasi di Klang gerai ini sentiasa penuh dengan para pelanggannya. Bukan itu sahaja, menariknya gerai ini menawarkan pelbagai aneka lauk yang sangat sedap hingga menjilat jari.

@ezlokal.food Everyone's favourite kan ?! Yang nasi lemak ayam berempah tu tak puas betul la makan! Nak lagi nak lagi 🤤 #nasilemak #ayamgorengberempah #bandarputeriklang #shahalam #sambalsotong #nasilemaksyok #tiktokmalaysia #MYFoodie #MakanLokal #foodexploration #viral #ezlokalmakan #fyp ♬ Makeba – Jain

Nasi Lemak Ayam Berempah! Ini adalah menu best seller yang patut anda cuba bila berkunjung ke gerai ini. Ayam digoreng panas-panas dari kuali dengan aroma perapan yang cukup enak memang wajib cuba. Bukan itu sahaja gabungan sambal yang pedas manis bersama ayam yang juicy dan lembut memang betul-betul puas hati.

- Advertisements -

Selain itu, ada juga Nasi Lemak Sambal Sotong! Tekstur nasi yang berlemak dialas dengan daun pisang menambahkan lagi aroma hidangan ini. Sambal sotong yang sedikit pedas dan rasa masin yang seimbang membuatkan ia dapat diterima ramai. Menariknya lagi, gerai ini tidak kedekut dengan memberikan sambal sotong yang sangat besar dan begitu lembut.

Memang sedap nasi lemak ni! Saya selalu beli, ayam goreng berempah terbaik

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan komen yang positif dan memuji nasi lemak yang dijual di gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!