fbp
WeirdKaya BM

“Sedap ke Kat Sini?” – Wartek Citarasa Autentik Indonesia Buat Netizen Ketagih!

Tak perlu pergi jauh, Malaysia pun ada.

Wartek merupakan restoran yang cukup terkenal dengan pelbagai hidangan citarasa asli dari Indonesia. Sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, Wartek sering menjadi pilihan utama dalam kalangan pencinta makan.

- Advertisements -

Wartek menawarkan pelbagai menu yang sangat enak, dan kebanyakkannya ia datang dengan tekstur rasa yang sedikit pedas.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap sangat! Memang rasa asli seperti di Indonesia. Must try nasi uduk dengan sambal udang dan gulai tunjang! Wajib try makan di WARTEK. #bazarramadan #bukapuasa #kongsijer #kongsibersama #makananindonesia #nasipadang #Ramadan #Ramadan2024 ♬ Like I Do GALCHANIE COVER – GALCHANIE (แกลชานี่)

Wartek berlokasi di Ara Permata, 3, Jalan PJU 1A/42A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor dan ia dibuka setiap hari dari jam 11:00 a.m hingga 12:00 a.m.

Sate Madura menu pertama yang wajib anda pesan jika berkunjung ke sini. Rasa sate begitu flavourful dan sangat sedap. Gabungan rasa manis, pedas, dan masam memang sangat mengasyikkan.

- Advertisements -

Lontong Sayur pula tidak ketinggalan, kuah yang sangat pekat dan berlemak memang cukup menagihkan. Bukan itu sahaja, portion yang diberikan cukup banyak dan dipenuhi dengan pelbagai jenis sayuran.

Set Bebek Madura, sesuai buat mereka yang suka akan itik. Digoreng berempah dan dicicah bersama sambal resepi rahsia memang layan habis.

Nasi Uduk Aneka Lauk Padang, pasti membuatkan anda rambang mata. Terdapat pelbagai aneka lauk pauk seperti sambal udang petai, sambal kerang, terong balado, ayam rendang, dan gulai tunjang.

Kat sini memang sedap, saya approved!

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan menu di Wartek dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke restoran terbabit


We are hiring writers!
We are hiring writers!