fbp
WeirdKaya BM

“Sedap, Dah Lama Kempunan” – Rojak Buah Mak Jah Jadi Buruan.

Manis di mulut sampai di hati

Rojak adalah makanan yang cukup terkenal di Malaysia. Rojak diminati ramai khususnya gologan warga tua. Dikatakan rojak berasal dari Jawa kerana menjadi hidangan sajian mereka pada abad ke-10.

- Advertisements -

Rojak terdiri daripada pelbagai jenis, contohnya rojak buah dan rojak pasembur. Rojak buah sering laris terjual kerana ia tidak muak dan menyihatkan tubuh badan tatkala kelaparan.

- Advertisements -
@ezlokal.food Siapa rojak buah lover meh sini comment sikit #petalingjaya #tamanmedan #rojakbuah #sengkuangcalit #ezlokalmakan #foodexploration #tiktokmalaysia #fyp ♬ DA DA DA(抖音版) – DJ蒋先生&DJ阿金&LiAnfang

Rojak Buah Mak Jah adalah port terbaik untuk merasai rojak buah dan sengkuat calit yang enak. Berlokasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Datok Harun, gerai ini sering dikunjugi ramai oleh pelanggannya.

Rojak Buah! Jangan terkejut jika melihat portion bagi rojak ini sangat banyak. Potongan buah yang segar dengan isi yang melimpah memang betul-betul puas hati. Tekstur kuah rojak yang pekat dan tidak terlalu manis memang terbaik habis.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, jika berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membeli sengkuang calit. Taburan kacang yang sangat banyak dan tidak kedekut di atas kuah rojak memang layan habis. Sengkuang yang rangup dan masih fresh memang cukup menyelerakan.

Pernah beli! Sedap sangat and aunty ni sangatlah baik ya!

Menelusuri ke ruangan komen, warganet mengakui kelazatan Rojak Mak Jah, dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai sendiri keenakan rojak terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!