fbp
WeirdKaya BM

“Rugi Datang Sekali!” – Ayam Penyet Best Buat Netizen Kempunan.

Sedap bikin ketagih!

Ayam penyet bukan lagi makanan yang jarang didengari dalam kalangan masyarakat Melayu. Makanan ini cukup terkenal kerana mudah didapati dan dikatakan berasal dari Indonesia.

- Advertisements -

Ayam penyet adalah ayam goreng yang digiling menjadi sedikit lembut dan sedikit hancur. Menu ini juga disajikan dengan sambal penyet yang menjadi bahan penting dalam menjadikan makanan ini semakin enak.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap giler, paling menagihkan sambal penyet & ikan bawal. Wajib cuba gado-gado, sedap woo #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #nasiayampenyet #shahalamfoodie #setiaalam ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

Ayam Penyet Best! Terletak di Jalan Setia Gemilang, Setia Alam, gerai ini dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Nasi Ayam Penyet adalah menu best seller wajib cuba jika berkunjung di gerai ini. Tekstur ayam yang lembut dan aroma perapan yang kuat memang menagihkan.

- Advertisements -

Ikan Bawal Belado juga tidak ketinggalan! Buat mereka yang tidak gemar akan ayam, menu ini memang sesuai buat anda. Ikan yang digoreng rangup bersama sambal belado pedas memang terbaik!

Jika ingin sedikit manis, anda boleh memesan gado-gado dengan isi yang melimpah. Portion yang banyak memang sangat mengenyangkan. Rasa kuah kacang yang manis dan manis memang kombinasi yang amat sesuai.

Rugi kalau datang sekali je!

“rugi datang sekali! ” - ayam penyet best buat netizen kempunan. | weirdkaya
“rugi datang sekali! ” - ayam penyet best buat netizen kempunan. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji keenakan Ayam Penyet Best, dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke gerai terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!