fbp
WeirdKaya BM

“RM8 Tu Murah Ek?” – Natizen Label Reko Satay Semeling Paling Sedap Di Shah ALam.

Ada lagi sedap ke?

Sate merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sate cukup popular kerana keenakannya, sering membuatkan sesiapa sahaja pasti kecur air liur.

- Advertisements -

Sate akan dihidangkan bersama nasi himpit dan yang paling penting kuah kacang sebagai penambah selera menjadikan makanan ini bertambah enak. Terdapat pelbagai jenis sate seperti ayam, daging, kambing, semeling, dan arnab.

- Advertisements -
@ezlokal.food Makanan sini murah giler patutlah penuh student. Sedap nya satay semeling! First time cuba and memang akan comeback for this. Location : Reko Satay Semeling, Seksyen 7, Shah Alam #ezlokal #satay #makananmurah #makananviral #student #shahalam ♬ DJ SAH – SARAH SUHAIRI REMIX – DJ PIU PIU

Reko Satay Semeling, merupakan lokasi terbaik untuk merasai sate yang enak dan beberapa hidangan lain dengan harga serendah RM8 sahaja. Berlokasi di seksyen 7, Shah Alam, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 1 petang hingga 11 malam.

Sate Daging adalah menu best seller yang wajib anda cuba. Rasa perapan rempah yang kuat memang meresap hingga ke dalam daging. Sate Kambing pula tidak mempunyai sebarang bau yang kurang enak dan pastinya cukup menagihkan.

- Advertisements -

Sate Ayam juga sesuai buat semua peringkat lapisan umur. Tekstur ayam yang sangat juicy dan lembut memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Kuah kacang yang pekat namun sedikit masin memang cukup mengiurkan.

Nasi Goreng Sate Semeling, khas buat mereka yang ingin menikmati makanan yang berat. Nasi goreng dengan rasa yang hampir sama seperti nasi goreng cina memang sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.

RM8 murah ek?

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengakui keenakan makanan di Reko Satay dan ada juga yang tidak sabar berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!