fbp
WeirdKaya BM

“RM13..Untung Ke?” – Shedazz Ayam Goreng Kunyit Jadi Tumpuan.

Rasa rempah ratus yang enak pasti memikat selera!

Nasi ayam goreng kunyit adalah menu yang mudah didapati di Malaysia kerana ia mudah disediakan. Nasi ayam goreng kunyit mempunyai tekstur yang agak kering dan bearoma.

- Advertisements -

Nasi ayam goreng kunyit sudah mula dipelbagaikan misalnya terdapat daging dan sotong goreng kunyit. Namun demikian, rasanya masih sama sahaja hanya jenis protein sahaja berbeza.

- Advertisements -
@ezlokal.food Patut la ramai je orang makan sini, sedap rupanya 😋. Min dah cuba sendiri Nasi Ayam Goreng Kunyit kat Bukit Bintang ni. Bagi min memang sedap & berbaloi dengan portion dia 🥰. #ayamgorengkunyit #ayam #klfoodie #MYFoodie #MakanLokal #tiktokmalaysia #foodexploration #viral ♬ Off The Record (Sped Up) – IVE

Shedazz Ayam Goreng Kunyit! Berlokasi di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 10:30 pagi hingga 5:30 petang.

Sotong goreng kunyit dimasak dengan sempurna membuatkan sotong masih lembut dan tidak terlalu kenyal. Bukan itu sahaja, portion yang diberikan juga cukup banyak dan begitu memuaskan.

- Advertisements -

Daging goreng kunyit pula, masih juicy dan lembut. Paling penting tidak berbau dan aroma perapan yang sangat kuat memang menyelerakan. Ayam goreng kunyit menu wajib cuba kerana tekstur dan rasanya cukup lazat.

Sedap ke min ? Nanti nak cuba la 😋

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat portion bagi sepinggan hidangan di gerai ini dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!