fbp
WeirdKaya BM

Richeese Factory Kini Di Puncak Alam.

Pedas sampai terangkat!

Richeese Factory merupakan salah satu restoran sajian pantas yang cukup terkenal di Malaysia. Restoran ini sebenarnya mula bertapak di negara jiran, Indonesia. Restoran ini menyajikan ayam goreng yang begitu rangup dengan rasa yang begitu pedas.

- Advertisements -

Richeese Factory ini juga sering dikaitkan dengan keenakan sos kejunya yang begitu lazat hingga menjilat jari. Tekstur rasa yang begitu pedas, membuatkan menu di Richeese Factory amat digemari oleh golongan belia remaja.

- Advertisements -
@ezlokal.food Dah makin dekat, tiap hari boleh singgah makan! Dah boleh moveon daripada ayam goreng lain! RICHEESE memang sedap. #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #richeesefactory #richeesepuncakalam #puncakalamfood #viral ♬ 첫 눈 The First Snow – EXO

Berlokasi di Persiaran Eco Grandeur 1, 47000, Selangor, restoran ini baru sahaja dibuka pada 18 Disember yang lepas. Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Mesti ramai yang buntu tak tahu nak makan apa kan? Jangan risau di Richeese terdapat pelbagai menu dan set yang menarik dengan harga yang berbaloi. Menariknya, pelanggan boleh memilih sendiri tahap kepedasan ayam dari level 1 hingga 5 mengikut citarasa masing-masing.

- Advertisements -

Buat yang suka pedas, anda boleh cuba Fire Chicken Level 4 memang syahdu, confirm menitik air mata. Sos ayam yang pedas dan manis memang cukup menagihkan. Portion ayam juga besar-besar dan memang puas bila dimakan.

Bukan itu sahaja, side dish yang terdapat di Richeese juga memang sedap jika ingin dibandingkan dengan jenama yang lain. Coleslaw dan Mash Potato sangat creamy confirm tak cari yang lain. Paling penting jangan lupa dapatkan aiskrim Mac n Cheese yang murah dengan rasa yang begitu premium.

Jom! Nanti kalau ada banyak duit.

Richeese factory kini di puncak alam. | weirdkaya
Richeese factory kini di puncak alam. | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan ayam Richeese dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai sendiri keenakan makanan di restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!