fbp
WeirdKaya BM

Restoran Rumah Bot Dihanyut Arus, Pemilik Rugi RM800,000

Besar ujian mereka :(

Pemilik restoran berkonsepkan rumah bot reda akan ujian yang telah ditimpa mereka dan terpaksa menanggung kerugian hampir RM800,000 setelah premis itu dihanyutkan arus deras.

- Advertisements -
@farajl_ terima kasih yang mendoakan… terima kasih yang sanggup menolong kami😭😭 ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. ya allah terima kasih 😭😭 terima kasih yg tak terhingga.. #farajl #jlfarahouseboat #jlfara #kelantan #sungaikelantan ♬ original sound – FARA JL

Menurut Mohd Izhan Ramli, jumlah kerugian termasuk kerosakan pada sebahagian rumah bot ketika dihanyut arus, lauk pauk basah yang disimpan seperti daging segar, perabot yang sudah tenggelam serta ‘king crab’ yang baru dibeli.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Izhan memberitahu restorannya menerima banyak tempahan daripada pelanggan namun terpaksa dibatalkan kerana mengambil cuti seminggu untuk membaik pulih segala kerosakan.

“Cuti diambil kerana ingin membersihkan sisa pohon tumbang yang menghempap sebahagian rumah bot ini serta sedikit kerosakan akibat dihentam arus.

- Advertisements -

“Bahagian hadapan rumah bot ada yang patah dan menyebabkan air memasuki ruang dalaman sekaligus merosakkan pelbagai bahan mentah dalam peti sejuk termasuk king crab.

“Tali pengikat rumah bot telah putus dan dihanyutkan arus deras, kerosakan semakin bertambah dan dianggarkan sekitar RM800,000 kerugian yang dialami.

Untuk info, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang dan turut menghanyutkan sebuah bot peribadi yang diletakkan dalam rakit namun tiada kerosakan dilaporkan. Rumah bot yang hanyut berjaya diselamatkan di muka Kuala Besar hasil bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung.

Sumber: Harian Metro


We are hiring writers!
We are hiring writers!