fbp
WeirdKaya BM

“Pening Nak Pilih!” – Portload Tawar Pelbagai Aneka Makanan.

Benda boleh banyak kenapa nak satu!

Makanan adalah suatu perkara penting kepada manusia, tanpanya mungkin kita tidak meneruskan kelangsungan hidup. Pilihan makanan dan lokasi yang baik juga amatlah dititikberatkan supaya memberikan mood yang gembira.

- Advertisements -

Murah dan banyak! Buat yang mempunyai keluarga besar mereka lebih gemar ke tempat yang mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dibeli. Hal ini, dapat menjimatkan masa dan boleh memenuhi segala keinginan mereka.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap-sedap weh. Berpuluh pilihan menu-menu yang menarik. Port paling nice untuk makan dengan family, kawan-kawan or dating. Paling favourite Mee Kicap, Beef Dumpling, Pulut Durian & Mushroom Creamy Fries! #klfoodie #makananviral #makanlokal #foodexploration #myfoodie #streetfood #hiddengem #shahalam #vendorfood ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Portload! Lokasi terbaik untuk membeli pelbagai jenis makanan dalam satu kawasan sahaja. Berlokasi di Bandar Hill Park, Puncak Alam, Portload dibuka setiap hari dan hanya tutup pada hari isnin.

Buat mereka yang gemar akan makanan western, di sini port terbaik untuk mereka kunjungi. Fish & Chips yang begitu lembut dang sangatlah crispy memang betul-betul menagihkan. Ditambah pula dengan sos rahsia memang lagi kick!

- Advertisements -

Laksa Penang Telur Sarang juga pun ada. Kerangupan telur sarang dimakan bersama kuah laksa yang pekat memang kombinasi yang sangat mantap! Bukan itu sahaja, buat mereka yang ingin rasai masakan Timur Tengah, di sini juga menjual Nasi Arab yang begitu beraroma.

Pilihan pencuci mulut juga amatlah banyak, sudah tentu membuat para pelanggan menjadi rambang mata. Pulut Durian Double Trouble memang wajib cuba, rasa berlemak dan manis yang sangat seimbang memang confirm ketagih!

Pening nak pilih makanan apa!

Menelusuri ke ruangan komen, warganet teruja melihat aneka makanan di Portload dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri.


We are hiring writers!
We are hiring writers!