fbp
WeirdKaya BM

“Pakai Skincare Apa?” – Netizen Teruja Lihat Murtabak Paling ‘Flawless’ Dan Kurang Minyak!

Nak potong pun rasa sayang :(

Murtabak merupakan makanan kegemaran orang Malaysia dan menjadi hidangan wajib tatkala berbuka puasa. Murtabak berasal dari negara Yaman dan bermaksud ‘dilipat’ dalam bahasa Arab.

- Advertisements -

Murtabak semakin hari semakin bervariasi mengikut citarasa masing-masing. Pada hari ini, murtabak boleh didapati dengan pelbagai jenis inti seperti ayam, daging, dan kambing.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular sebuah video di platform TikTok, memperlihatkan seorang peniaga membuat murtabak dengan kemas dan kurang minyak telah meraih perhatian umum.

@nantero Murtabak acuan azam masih beroperasi inshaAllah sampai 7/4 nk cari kami search jer tampin roti john#murtabakacuanazam #murtabakviral #murtabak #rotijohn ♬ Diari Ramadhan (LATINBREAKS) – DJ Disco Hunter

Murtabak Acuan Azam, bertempat di hadapan bazar ramadan Tampin atau boleh sahaja waze Tampin roti john untuk berkunjung ke sini.

- Advertisements -

Padat dengan isi dan proses pembuatan yang kemas, murtabak ini sering laris terjual. Dalam pada itu, penggunaan minyak juga tidak berlebihan dan sesuai buat mereka yang sedang mengawal pemakanan.

Menariknya, murtabak ini akan dimasak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Terdapat empat kuali dan langkah yang harus diikuti untuk memastikan murtabak ini masak sepenuhnya.

Dari segi harga pula sangat berbaloi kerana ia sangat murah dengan inti yang sangat banyak. Untuk murtabak ayam hanya RM6 manakala martabak daging RM7.

Macam ni RM10 sebiji pun aku sanggup beli. Tenang semua,beli bukan setiap hari, tak salah untuk kenyangkan perut.

"pakai skincare apa? " - netizen teruja lihat murtabak paling 'flawless' dan kurang minyak! | weirdkaya
"pakai skincare apa? " - netizen teruja lihat murtabak paling 'flawless' dan kurang minyak! | weirdkaya
"pakai skincare apa? " - netizen teruja lihat murtabak paling 'flawless' dan kurang minyak! | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkesima melihat murtabak yang sangat kemas dan ada juga yang meluahkan rasa sayang untuk menikmati murtabak terbabit akibat terlalu cantik kejadiannya.


We are hiring writers!
We are hiring writers!