Tular di media sosial, netizen memuji orang Terengganu kerana begitu prihatin dan pemurah, berkongsi rezeki kepada pengguna jalan raya yang terkandas akibat kesesakan lalu lintas.
Orang Terengganu beri tembikai percuma
@aimansauti_ Selamat Pulang Semua . Semoga Selamat Sampai . Hati-hati Di Jalan Raya. Terima Kasih Orang Baik Sudi Belanja Tembikai/Timun Cina . #raya #selamathariraya #jalanjem #setiu #pantaipenarik ♬ bunyi asal – takdir & waktu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @aimansauti_ memaparkan mereka mengagihkan tembikai atau lebih dikenali sebagai timun cina secara percuma kepada semua perantau yang sudah mula pulang ke ibu kota.
“Selamat pulang semua, semoga selamat sampai.
“Hati-hati di jalan raya, Terima kasih orang baik belanja tembikai atau timun cina,” tulis Aiman.
Dalam perkongsian sama, sekumpulan belia itu memotong buah tembikai secara beramai-ramai dan memberikannya kepada pengguna jalan raya melalui cermin tingkap kereta yang melintasi pondok kecil mereka yang berada di bahu jalan.
Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya memuji keikhlasan orang Terengganu kerana sudi berkongsi rezeki kepada orang lain dan ada juga yang mendoakan agar mereka terus dilimpahkan dengan kekayaan yang berpanjangan.
Artikel lain: “Kami Bukan Selebriti!” – XYZ Team Ikhlas Kongsi Rezeki, Enggan Identiti Dikenali.
Moga jadi asbab kebaikan dunia akhirat

Baik Terengganu, kongsi rezeki dengan orang lain

Semoga murah rezeki sedekah tembikai

Besar pahala mereka dapat

Terdahulu, direkodkan sebanyak 172,331 kenderaan memasuki Terengganu sejak Jumaat, 28 Mac 2025 sempena menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.
