Tular sebuah video, sekumpulan individu bertopeng memberikan bantuan-bantuan asas seperti ayam, ikan, dan beras kepada penduduk setempat telah menuai perhatian warganet di media sosial.
@xyzteamproject Kami menyeru kepada influencer dan mereka yang berpengaruh di sosial media.
♬ original sound – XYZMISSION
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila identiti mereka sangatlah dirahsiakan dan hanya mahu dikenali sebagai XYZ sahaja. Bagi mereka dalam memberi, keikhlasan adalah kunci utama dan bukannya untuk mendapat nama sesuai dengan misi mereka untuk membantu masyarakat yang berdepan dengan ekonomi yang tidak menentu.
“Tujuan kami war-war di media sosial ini adalah untuk beri tahu kepada semua di mana keberadaan kami sebab sebelum masa pertama kali beri bantuan ramai yang macam takut-takut.
“Kami rancang selama enam bulan dan kumpul seribu seorang dan ada juga duit daripada keluarga kami salurkan untuk bantuan ini, tiada mana-mana dana daripada syarikat atau ahli politik yang menaja kami setakat ini.
“Kami pernah susah dulu jadi tahu macam mana rasa itu, sekarang ini nak balas balik dengan cara berikan bantuan kepada semua orang selagi termampu,” kata XYZ.
Dalam pada itu, XYZ memberitahu tidak perlu untuk berasa takut apabila berdepan mereka dan menjelaskan sumbangan yang diberikan datang dari sumber yang halal.
“Ramai orang yang takut kami pakai topeng, takut nak datang, takut benda tu dari sumber yang haram, tapi lillahhitaala benda tu dari simpanan kami sendiri.
“Yang tak bertopeng tu lah lagi perlu ditakutkan berbanding kami. Tak perlu pun rasa takut, kami tiada pukul orang, dan curi duit orang. Kongsi rezeki tanpa orang tahu, itu lebih baik,” katanya XYZ lagi.
Tindakan XYZ Team mendapat pujian orang ramai dan ada juga yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban dalam situasi ekonomi yang serba mencabar.