fbp
WeirdKaya BM

“Ni Yang Murah Tu Kan?” – Mixue Buat Netizen Tergamam, Tawar Minuman Serendah RM5!

RM2.99 pun ada tau!

Mixue bukan lagi satu jenama asing di Malaysia kerana popularitinya semakin hari semakin meningkat. Mixue merupakan perniagaan yang menjual ais krim dan juga minuman dengan kos harga yang lebih rendah.

- Advertisements -

Mixue adalah sebuah jenama yang berasal dari Zhengzhou, Henan, China dan ditubuhkan pada Jun 1997. Mixue juga sudah mula memasuki pasaran Asia dan salah satunya adalah Malaysia.

- Advertisements -
@ezlokal.food Harga murah, rasa sedap, definitely worth the hype! Akan comeback!! #ezlokalfood #mixue #peachoolongtea #makananviral #viral ♬ DJ SAH – Tiktok – Sarah Suhairi

Bagi mereka yang berada di sekitar Shah Alam atau Setia Alam, anda boleh mengunjungi Mixue Setia Taipan. Bertempat di Setia Alam, No 25-G, Jalan Setia Alam Utama AW U13/AW, Seksyen 13, ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.

Strawberry Mi-Shake, menu paling laris kegemaran orang ramai. Rasa yang sedikit berlemak dan didatangkan bersama strawberry jam yang manis memang layan. Seterusnya, Peach Oolong Tea. Rasa yang sangat menyegarkan dan manis buah peach yang nice memang terbaik.

- Advertisements -

Fresh Squeezed Lemon, rasa lemon yang sangat menyegarkan, sesuai buat mereka yang tidak gemar akan minuman bersusu. Paling penting harga untuk minuman ini hanya RM2.99 sahaja. Akhir sekali, Boba Sundae. Ais krim sangat lembut dan tekstur boba yang tidak terlalu kenyal memang wajib cuba.

Semua sedap, anak-anak weekend je mesti nak Mixue. Harga pun murah.

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya terkejut dengan harga yang sangat murah dan ada juga tidak sabar untuk membeli minuman terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!